Pages

Friday, 31 July 2015

NEGARA EROPAH BERBAHASA MELAYU DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bahasa tidak harus dilihat sebagai bahasa per se, bagaimanapun, ia harus dilihat dalam hubung kaitnya dengan politik bahasa dan politik budaya. Memanglah suatu bangsa itu akan lebih mudah dikenali dan dihormati kalau bangsa dan negara itu serba maju sari segi ekonomi, sains dan teknologi atau pendidikan warganya. Walau bagaimanapun, bahasa dan persuratan merupakan elemen dominan dalam perkembangan dan permerkasan bangsa dan negara bangsa.

Perkembangan teknologi masa kini memberi cabaran baru kepada perkembangan Bahasa Melayu. Maka gerakan memertabatan Bahasa Melayu perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi.

Keupayaan Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa wahana tinggi dan bahasa ilmu yang boleh mengajarkan pelbagai disiplin ilmu selain menjadi bahasa pertuturan seharian. Ia juga menjadi bahasa yang melambangkan ketinggian budi bahasa dan ketamadunan kita.

Usaha memperkasakan Bahasa Melayu, khususnya di peringkat antarabangsa harus digembeling dan digerakkan oleh institusi kerajaan bersama masyarakat. Memperkasa bahasa Melayu memerlukan sokongan dan dokongan masyarakat keseluruhannya. Tanpa sokong Bahasa Melayu tidak akan membawa sebarang makna sekiranya ia berkembang dan berkisar hanya di kalangan penutur bahasa itu sahaja atau di kalangan penggunanya yang setia. 

Apatah lagi bahasa Melayu bukan bahasa untuk orang Melayu samata-mata, tetapi bahasa semua kaum.

Kaedah terbaik untuk mengembangkan Bahasa Melayu dengan ‘mengeksport’ bahasa Melayu ke luar negara.  

Untuk merealisasikan hasrat itu satu Pertandingan Pidato Antarabangsa Piala Perdana Menteri (PABM) akan berlangsung pada 4 - 6 Ogos 2015 di Hotel UNITEN dan peringkat akhir akan berlangsung pada 8 Ogos 2015 di PICC Putrajaya.

PABM dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pelancongan manakala AG Bestari Events Sdn Bhd dilantik selaku pengurus acara dan bertindak sebagai Sekretariat PABM. Kabinet Malaysia dalam mesyuaratnya pada tahun 2008 telah bersetuju untuk memberikan penarafan “Projek Nasional” kepada PABM bersesuaian dengan prestijnya sebagai satu-satunya acara pidato bahasa Melayu yang terulung di dunia.

Pidato ini bertemakan “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu”, Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri @ PABM adalah satu acara tahunan pidato Bahasa Melayu yang terulung yang bermatlamat untuk memartabatkan citra dan kedaulatan bahasa Melayu di persada dunia.

PABM diideakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. PABM antara lain bertujuan memperkukuhkan kedudukan dan martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Bermotifkan melahirkan rasa bangga dan yakin rakyat Malaysia terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah menyerantau ke seluruh pelosok dunia. Penyertaan kali ini memperlihatkan wakil negara yang mengambil bahagian telah meliputi semua enam benua.

Berbekalkan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan diperteguhkan melalui wadah 1Malaysia, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan dapat diperkukuhkan dan rantaian jalinan hubungan antara kaum dapat diperkukuhkan melalui aspek bahasa.

Secara sinikalnya, impak kejayaan PABM dapat dirangkumkan dalam empat konteks; impak dalam pembangunan sektor pengajian tinggi; kesedaran kepada kepentingan pendidikan bahasa Melayu; peningkatan ekonomi dan pengantarabangsaan; serta kejayaan PABM dari kaca mata golongan belia.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web PABM http://www.pabm.com.my/

RUGINYA SARAWAK REPORT TIDAK PANDAI MENIPU KERANA TETAP MASUK NERAKA JAHANAM

Sejak semalam, satu dokumen palsu yang dikeluarkan oleh Sarawak Report telah disebarkan melalui media sosial yang menunjukkan satu draf kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangkaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Draf pertuduhan palsu diatas kertas A4 dan tiada nombor KPT tertuduh
Sarawak Report cuba membayangkan bahawa dokumen itu adalah tulen dengan mendakwa bahawa draf pertuduhan itu telah diberikan kepada mereka daripada "sumber-sumber dari dalam" dan  ia telah disahkan kesahihan dokumen itu dengan 'pihak atasan' yang lain. 

Cubaan jahat Sarawak Report menggambarkan bahawa Peguam Negara telah pergi untuk menangkap Perdana Menteri pada hari yang sama beliau dipecat daripada jawatannya yang bermaksud mengapa Peguam Negara telah dipecat. 

Jabatan Peguam Negara telah menafikan kesahihan dokumen ini. Dokumen ini tidak lain hanyalah rekaan dan seluruh dakwaan semata-mata penipuan bertujuan untuk mencetuskan kekacauan.

Fitnah Sarawak Report itu sudah melampaui dan mampu mencetuskan kekacauan dalam negara ini.  Niat jahat Sarawak Report amat merbahaya kepada negara kerana bukan sahaja fitnah tetapi mahu menjatuh kerajaan yang sah secara tidak beradab.

Jika fitnah sebegini tidak dibendung dan diambil tindakan, maka ia mampu menjejaskan keselamatan dan keharmonian negara sekaligus merosakkan demokrasi berparlimen.
Ini contoh kertas pertuduhan sebenar. Kalau mahu menipu biar betul-betul menipu

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam Malaysia dari segenap penjuru ini, maka perlulah umat Islam hari ini menyemak dahulu sesuatu berita. Jangan mudah sangat terima apa sahaja tanpa menyemak dulu kesahihannya. 

Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 yang bermaksud:
"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya."

Friday, 24 July 2015

JUSTO DITAWARKAN RM7.6 JUTA DATA YANG DICURI

Xavier Andre Justo, warganegara Switzerland mendakwa bahawa beliau dijanjikan AS $ 2mil (RM7.6mil) sebagai pertukaran data yang dicuri daripada bekas majikannya PetroSaudi International.

Menurut temubual The Straits Times, beliau tidak pernah dibayar sebagaimana yang telah dijanjikan oleh seorang ahli perniagaan terkemuka di Malaysia. Justo mendakwa perjanjian penjualan dokumen itu dicapai di Singapura pada Februari lepas, diikuti dengan perbincangan tempoh yang panjang tentang kaedah bagaimana beliau akan dibayar. 

Justo, yang kini dipenjara di Thailand atas cubaan memeras ugut bekas majikannya.

Sekumpulan individu yang ditemuinya di Singapura dalam perundingan penjualan data tersebut telah dinamakan dalam 22 muka surat pengakuan Justo kepada polis Thailand. Dia menunjukkan salinan pengakuan kepada The Straits Times.

"Saya cuba untuk membuka akaun di Singapura supaya wang tersebut dibayar secara terus dari akaun (pembeli)," kata Justo. "DBS Bank menolak, saya tidak tahu mengapa. Selepas itu saya membuka akaun di Abu Dhabi atas nama peribadi saya sendiri namun telah ditolak oleh (pembeli) kerana ia mempunyai nama saya di atasnya."

"Kemudian saya cuba menggunakan akaun syarikat saya di Hong Kong dan beliau berkata perkara yang sama, selepas itu melalui syarikat Luxembourg dan sekali lagi (pembeli) enggan maka selepas itu lah Clare Brown memain peranan," katanya.

Beliau merujuk kepada Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Britain yang mana sepanjang tahun lalu telah membuat dakwaan yang mengejutkan tentang penyelewengan berbilion ringgit firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo mendakwa pembeli juga menawarkan untuk membayar dengan tunai.

"Jadi saya sepatutnya pergi ke Singapura setiap minggu atau setiap minggu berikutnya untuk menerima sampul surat berisi beberapa ribu atau berpuluh-puluh ribu, dan proses ini diulangi selama beberapa bulan sehingga jumlah akhir dibayar. Dan sekali lagi ditolak," katanya.

Justo ulangi kenyataan Polis Thai minggu lepas, bahawa pengakuan itu disokong oleh dokumen termasuk rekod perbualan WhatsApp dengan pembeli.

"Semua apa yang ditulis dalam pengakuan saya, sebahagian besar terbukti dengan perbualan e-mel, WhatsApp saya dengan mereka."

Beliau mendakwa, Rewcastle-Brown telah bersetuju untuk menerima AS $ 2mil dari pembeli dan menghantar kepadanya sebanyak AS $ 250,000 (RM952,000) sebulan untuk perkhidmatan perundingan.

"Saya tidak tahu sama ada beliau menerima wang atau tidak, kerana saya telah ditahan," katanya. "Saya tidak tahu."

Justo, yang diwawancara di sebuah pejabat kecil di dalam Penjara Reman Bangkok juga mendakwa bahawa kumpulan yang telah ditemui di Singapura termasuk Rewcastle-Brown telah mengubahsuai data yang telah diberikan kepada mereka.

"Saya telah memberikan dokumen-dokumen asal tanpa apa-apa perubahan," dakwa beliau. "Saya boleh mengatakan bahawa saya telah memberikan dokumen kepada dua kumpulan orang," katanya. Satu adalah Rewcastle-Brown bersama kakitangan IT beliau dan satu lagi ialah ahli perniagaan Malaysia bersama rakannya. The Straits Times tidak menamakan ahli perniagaan itu dan juga rakannya sementara menunggu maklumbalas daripada mereka kepada dakwaan terbaru itu.

Beliau mendakwa bahawa orang-orang dia telah temui itu bercakap tentang menggunakan dokumen "untuk mencuba menjatuhkan kerajaan Malaysia", sambil menambah bahawa mereka juga merujuk kepada rancangan untuk "mengubah suai dokumen".

Beliau berkata, beliau telah menuntut PetroSaudi untuk menambah sejumlah wang pada tahun 2013 tetapi  tuntutannya ditolak. Selepas itu, melalui kenalan di Geneva yang ada hubungan dengan Malaysia, beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown, yang kemudian bertemu di Bangkok di Plaza Athenee Hotel dan di Singapura di Fullerton Hotel. Di Singapura, Rewcastle-Brown telah ditemani seorang individu yang dinamakan dalam pengakuannya.

Menurut The Straits Times, pengakuan Justo ditulis padat dalam huruf besar lebih daripada 22 muka surat.

Beliau berkata, ia tidak dibuat dengan paksaan dan  beliau terkejut mendapat layanan yang baik di penjara Bangkok.

Sumber rujukan berita asal : The Straits Times/Asia News Network


Wednesday, 22 July 2015

POLIS MENAHAN PAPAGOMO DI PERAK

Polis telah berjaya mengesan dan menahan individu yang kerap memfitnah Ketua Polis negara dan Polis Diraja Malaysia laman Facebook  menggelarkan dirinya sebagai Papagomo Original di Perak hari ini.

Menerusi twitter @KBAB51,  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid ‎Abu Bakar berkata, “syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak”.

Fitnah yang dilakukan oleh Papagomo Original itu mengelirukan rakyat dengan mengubahsuai perbualan medium “Whatapps” serta berniat jahat.

VIDEO : PONDAN MELAYU SINGAPURA HINA ISLAM

Kita tidak mampu melakukan apa-apa apabila Islam dihina dan dipermainkan. Tambahan pula pelakunya berada diluar negara dan diluar ruang lingkup perundangan negara. Kita mampu marah-marah dan mungkin mengeluarkan kata-kata kesat kepada pelakunya. Tidak lebih daripada itu.

Maka tidak hairanlah jika semakin hari penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi. 


Maka tidak hairanlah jika semakin hari penghinaan terhadap Islam semakin menjadi-jadi. Terbaru satu video viral seolah-olah menghina dan mempermainkan Islam yang dipercayai dilakukan bangsa Melayu pondan warganegara Singapura. Video versi Dubsmash memaparkan telatah pelaku-pelaku mengajuk nyanyian berlatarbelakangkan ungkapan kalimah syahadah.


Daripada pemerhatian penulis, mungkin mereka sudah murtad dan tidak lagi beragama Islam. Salah seorang pelaku dalam video mengaku pengamal transgender yang dilaknati Allah. Namun apakah motif sebenar mereka melakukan tidak diketahui selain menghina dan mempermain Islam secara sengaja.
Semoga pelaku-pelaku balik ke pangkal jalan dan bertaubat!..

Wednesday, 15 July 2015

VIDEO : INDIVIDU MENGAKU PEMIMPIN PEMBANGKANG TERLIBAT DALAM SKANDAL #1MDB



KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

JULAI 15, 2015

1. Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.

2. Laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

3. Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.

4. Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

5. Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.

6. Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.

7. Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

8. Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

9. Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

10. Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

11. Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis:

“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

12. Pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

13. Akhir sekali, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci, profesional dan telus. Saya juga mempunyai tahap keyakinan yang sama bahawa pihak Interpol akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional
Putrajaya, Malaysia

KETUA PERSATUAN PENIAGA CINA TUDUH @PDRMsia MELAMPAU!

Sikap kurang ajar Ketua Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Bintang akan mewujudkan satu "spark" dan ledakan baru yang boleh mencetuskan kekacauan baru. Tuduhan See Foo Hoong kepada Polis Diraja Malaysia dilihat amat berat  dan berniat jahat dan boleh dikenakan dibawah Akta Hasutan. Tindakan tegas terhadap beliau wajar diambil demi memelihara keharmonian dan ketenteraman awam.

Ketua Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Bintang, See Foo Hoong mempertikaikan tindakan Polis menangkap dan menahan mereka yang dipercayai terbabit dengan kekecohan di Plaza Low Yat tempohari. Beliau menuduh tindakan polis tersebut melampau dan akan membuatkan pengguna beranggapan pusat membeli belah itu bermasalah dan sebagai pusat barangan palsu.

Beliau juga mendakwa pelanggan telah berkurangan sejak insiden tempohari dan yang menyebabkan perniagaan mengalami kerugian. Beliau mendakwa tindakan menahan beberapa ahli persatuan mereka telah menakutkan peniaga. 

“They (police) are a bit too much, making the consumers to think the mall is problematic. The traders are perturbed and do not know when the fiasco will over.

“The brawl has made the trader suffering losses. The customers dare not come for shopping.


“The police action has scared off traders. We hope police could be more fair and mild in probing. Let the traders have a rest,” See, who operates a handphone shop in nearby Jalan Alor told a media conference in Low Yat Plaza late evening.

Polis tidak harus berkompromi dengan desakan mana-mana persatuan Ultra-Kiasu mengikut kehendak mereka. Siasatan haruslah adil tidak kira pihak mana yang bersalah mahupun bangsa mana yang didakwa. Masyarakat sedang melihat sejauhmana ketelusan Polis menjalankan siasatan. 

PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB TERKILAN DENGAN TUDUHAN BERNIAT JAHAT

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR ) membidas pihak-pihak yang mempertikaikan intergeriti Pasukan Petugas Khas Siasatan kes 1MDB. Pasukan Petugas Khas tersebut adalah sebuah badan yang diwakili oleh empat pemimpin tertinggi agensi-agensi, yang mampu dan berkeupayaan untuk membuat penyiasatan dengan begitu teliti, bebas dan telus.

KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH

JKMR, BADAN BEBAS SPRM, MAHU SEMUA PIHAK HENTI MEMPERTIKAI INTEGRITI PASUKAN PETUGAS KHAS SIASAT KES 1MDB

Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, sebuah badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, telah dan sedang mengikuti dengan rapi perkembangan semasa berkaitan siasatan kes 1MDB.

JKMR dianggotai oleh tujuh Ahli Parlimen dari Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS, dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

JKMR berpendapat bahawa kes 1MDB yang sedang disiasat oleh Pasukan Petugas Khas sekarang merupakan satu kes yang amat penting dan serius demi kepentingan negara.

Sebagai Pengerusi JKMR, saya berpendapat Pasukan Petugas Khas ini sebuah badan yang diwakili oleh empat pemimpin tertinggi agensi-agensi, yang mampu dan berkeupayaan untuk membuat penyiasatan dengan begitu teliti, bebas dan telus.

Pasukan Petugas Khas ini sedang giat menjalankan tanggungjawab mereka untuk membuat penyiasatan dengan secepat yang mungkin. Semasa siasatan sedang berjalan, diharap semua pihak akan memberi sokongan dan kepercayaan kepada Pasukan Petugas Khas ini.

Di samping itu, JKMR berasa amat terkilan dan kecewa dengan adanya kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi pertubuhan bernama Gerakan Harapan Baru (GHB), yang dikeluarkan pada 13 Julai 2015. Pengerusi GHB mendakwa kononnya siasatan yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas ini bertujuan untuk melindungi perkara yang sebenarnya.

Dakwaan ini merupakan kenyataan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. JKMR berpandangan kenyataan yang dibuat bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malahan merupakan satu fitnah dan tohmahan yang tidak berasas sama sekali.

Di samping itu, kepada semua Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara), JKMR berharap agar semua mereka tidak lupa kepada kenyataan semasa angkat sumpah sebelum disahkan pelantikan sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara.  Mereka hendaklah betul-betul menghayati dan bertanggungjawab kepada lafaz ikrar untuk taat setia kepada Malaysia, dan juga melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. 

Justeru, dalam keadaan sekarang janganlah ada Ahli-Ahli Parlimen mengingkari atau menodai sumpah taat setia yang telah mereka lafazkan.

Berilah peluang kepada Pasukan Petugas Khas ini terlebih dahulu untuk menjalankan dan menyempurnakan tugas dan tanggungjawab yang mereka telah diamanahkan.

Mengikut Akta SPRM 2009, adalah menjadi tanggungjawab JKMR untuk membuat laporan khas, kepada YAB Perdana Menteri dan juga membentangkan laporan tersebut kepada Parlimen setiap tahun.

Justeru, dalam perkara ini JKMR akan meminta SPRM membentangkan secara terperinci kepada Parlimen apabila hasil siasatan mereka telah siap kelak.

Akhir sekali, JKMR mahu semua pihak termasuk rakyat jelata menghentikan segala kenyataan yang mempertikaikan integriti, kewibawaan dan keanggotaan Pasukan Petugas Khas ini.

Negara mengamalkan sistem pemerintahan berlandaskan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Inilah sistem pemerintahan yang kita pakai hampir enam dekad.


TAN SRI ABU ZAHAR UJANG
PENGERUSI
JAWATANKUASA KHAS MENGENAI RASUAH
BADAN BEBAS MEMANTAU SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
15 JULAI 2015


Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah turut dianggotai oleh:
YB Senator Datuk Doris Sophia Anak Brodi (Timbalan Speaker Dewan Negara)
YB Dr Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong)
YB Dato’ Irmohizam Ibrahim (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
YB Dato’ Fauzi Abdul Rahman (Ahli Parlimen Indera Mahkota)
YB Dato’ Takiyuddin Hassan (Ahli Parlimen Kota Bharu)
YB Dato’ Noraini Ahmad (Ahli Parlimen Parit Sulong)

PENIAGA MENIPU MELAYU SAPU! JANGAN CUBA-CUBA!

Insiden pergaduhan dan rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada tempohari memperlihatkan kepada kita, orang Melayu sejauhmana kekuatan Ultra-Kiasu Cina mempertahankan bangsa mereka sendiri. Berita-berita di dada portal pro-pembangkang dan pro Ultra-Kiasu cina memaparkan versi memihak kepada peniaga Plaza Low Yat dan secara terbuka menuduh berlakunya kecurian dan rusuhan oleh pemuda Melayu. Malang sekali ada portal pro-kerajaan terikut-ikut rentak tari dan mainan portal Ultra-Kiasu Cina yang memain sentimen "orang melayu salah","orang melayu perkauman" dan "orang melayu samseng" sehingga ada yang memainkan CCTV yang telah dimanipulasi tarikh kejadiannya untuk menunjukkan orang melayu yang sentiasa bersalah dengan apa jua keadaan pun.

Lebih malang lagi apabila secara tiba-tiba portal pro pembangkang dan Ultra-Kiasu Cina mengambil kesempatan menuduh UMNO sebagai dalang rusuhan tempohari malah pemimpin pembangkang juga turun padang mengutuk rusuhan tersebut dan meletakkan kesalahan terus dan dalang kepada UMNO. Persoalan, adakah UMNO mampu mengumpulkan ribuan perusuh dengan tempoh satu hari yang datang dengan secara sukarela. Cuba singkap semula siri-siri flashmob pro-UMNO sebelum ini, berapa orang kelihatan? Selainnya penulis tidak mahu komen. 

Jadi, jangan cuba menuding jari kepada mana-mana parti atau individu. Insiden 13 Julai 2015 di Plaza Low Yat adalah satu "spark" dan ledakan kesedaran kepada orang Melayu yang sering tertipu dengan peniaga-peniaga Ultra-Kiasu Cina dan menyedarkan kepada kita bahawa ekonomi negara kita telah dikuasai sepenuhnya oleh golongan Ultra-Kiasu Cina secara total. Tidak guna lagi kita menuding jari kepada sesiapa waima kerajaan sekalipun. Terimalah hakikat dan cuba buat perubahan kepada diri sendiri dan bangsa serta negara.

Penulis ingin berkongsi satu artikel yang dipetik daripada Utusan Malaysia bertarikh 31 Julai 2012 untuk direnungi bersama bertajuk " Peniaga Melayu Ketinggalan Jauh ".

Berdasarkan perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hampir 20 juta telefon bimbit dijual di pasaran negara ini sejak dua tahun lalu.

Jika telefon berkenaan dijual pada harga minimum RM100 seunit, bermakna ia telah membuka pasaran bernilai RM2 bilion.

Angka itu pasti meningkat jika nilai pada segmen jualan produk sokongan termasuk aksesori, kad prabayar serta perkhidmatan selepas jualan dan harga sebenar telefon yang kebanyakannya melebihi RM700, diambil kira.

Melihat angka lumayan itu seharusnya industri ini telah memberi manfaat besar kepada golongan peniaga di negara ini termasuk bumiputera.

Bagaimanapun, tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia di pusat-pusat jualan utama telefon bimbit di sembilan negeri mendedahkan penemuan yang sebaliknya.

Tinjauan, penyamaran, penyelidikan dan pemerhatian wartawan-wartawan terbabit membongkar realiti bahawa tidak ramai peniaga bumiputera yang berjaya membolosi peluang perniagaan dalam industri itu, sebaliknya ia adalah industri monopoli satu kaum.

Di gedung gajet terbesar ibu negara, Plaza Low Yat misalnya, daripada lebih lebih 121 kedai dan kios menjual telefon bimbit dan peralatan berkaitan termasuk aksesori, hanya dua peniaga Melayu yang dikesan.

Situasi sama berlaku di Kompleks Pertama - kompleks yang dibina 35 tahun lalu pada asalnya bertujuan menyediakan ruang berniaga kepada peniaga Melayu.

Daripada lebih 100 kedai dan kios telefon bimbit, hanya dua diusahakan peniaga Melayu.

Di Digital Mall Petaling Jaya pula peniaga telefon bimbit Melayu langsung tidak kelihatan.

Mungkin ada pihak akan mendakwa bahawa ini berlaku kerana komposisi kaum penduduk di ibu negara yang agak sama atau lebih kepada bukan bumiputera menyebabkan keadaan itu berlaku.

Namun, tinjauan di negeri-negeri yang majoriti penduduknya Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah juga tidak menunjukkan perbezaan. Perniagaan telefon bimbit tetap dikuasai hanya satu kaum.

Tinjauan di KB Mall, Kota Bharu misalnya mendapati, hampir 20 buah kedai di kompleks itu, 100 peratus dimiliki oleh kaum Cina - daripada kedai bersaiz kecil hingga besar.

Kehadiran orang Melayu di kedai-kedai berkenaan hanya sebagai jurujual dengan gaji bulanan dianggarkan sekitar RM500 ke RM600 sebulan.

Di Kuala Terengganu, tinjauan di sekitar daerah itu mendapati hanya 20 peratus daripada kira-kira 70 buah premis dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, kad prabayar dan baik pulih telefon dimiliki peniaga Melayu.

Bagaimanapun, kebanyakan peniaga Melayu itu hanya menjual aksesori telefon bimbit serta kad prabayar, bukannya alat komunikasi itu.

Di Alor Setar, Kedah pula daripada kira-kira 50 kedai dan kios menjual telefon bimbit, aksesori, tambah nilai prabayar serta perkhidmatan baik pulih di kompleks City Plaza dan Sentosa Mall, hanya 12 buah diusahakan oleh peniaga bumiputera.

Di Ipoh, Perak, tinjauan di Greentown Mall yang dikenali sebagai 'syurga gajet' mendapati, kaum Cina menguasai kesemua 20 kios yang dibuka di sudut Mobile City di pusat beli-belah itu.

Situasi sama turut berlaku di ruang legar beberapa pusat beli-belah lain termasuk Jusco Kinta City, Tesco Ipoh dan Kompleks Yik Foong.

Kalau ada pun kelibat orang Melayu di kios-kios berkenaan, rata-rata mereka hanya bekerja sebagai jurujual telefon bimbit dan aksesori.

Di Johor, Pahang, Sarawak dan Pulau Pinang tinjauan turut mendapati situasi sama apabila perniagaan telefon bimbit hanya dikuasai satu kaum sahaja.

Monday, 13 July 2015

KESATUAN KPDNKK AKAN LAPOR POLIS TUDUHAN TERIMA RASUAH DI LOW YAT

Kesatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan pihak tertentu di laman sosial kononnya pegawai penguatkuasa kementerian itu menerima rasuah untuk melindungi kesalahan peniaga di Plaza Low Yat, Bukit Bintang di Kuala Lumpur. 

Presidennya, Rus Bakarurraini Shahfie, berkata tuduhan yang dilemparkan itu tidak adil bagi pegawai penguatkuasa kerana ia mencalarkan imej pegawai serta kementerian. 

"Pegawai telah menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya dan adil. Tuduhan sedemikian bukan sahaja merosakkan nama pegawai penguatkuasa malah kementerian itu sendiri," katanya kepada pemberita hari ini.

Sehubungan itu, kesatuan akan membuat laporan polis dalam tempoh seminggu sekiranya individu terbabit tidak mengemukakan bukti berhubung perkara itu. 

"Daripada membuat tuduhan liar, mereka perlu memberikan bukti bahawa pegawai kami telah menerima rasuah itu," katanya. 

Beliau berkata, sekiranya pegawai melakukan penyelewengan pihaknya tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau bahagian integriti di KPDNKK. 

"Kita tidak nafikan ada pegawai menyalahgunakan kuasa dan sebagainya dan ada pegawai yang telah diambil tindakan tetapi kita tidak akan bersekongkol dengan mereka (pegawai) yang bersalah ini," katanya. -

BERNAMA

Saturday, 11 July 2015

CUTI TANPA REKOD PENJAWAT AWAM DIPERLUASKAN

Mulai 1 Julai 2015 yang lalu, cuti tiga hari buat penjawat awam bagi urusan kematian anggota keluarga terdekat merangkumi suami atau isteri, anak serta ibu dan bapa kandung, diperluaskan kepada ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat serta anak angkat yang sah di sisi undang-undang melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2015 Jabatan Perkhidmatan Awam bertarikh 18 Jun 2015.

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod itu adalah berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa beliau berucap dalam majlis sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching Sarawak pada 1 Mei yang lalu. 

Keputusan mem­perluaskan pelaksanaan cuti tersebut merupakan antara tiga penambah baikan yang diberikan oleh kerajaan bagi manfaat pekerja awam dan swasta di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja 2015.




Dokumen penuh DISINI

Thursday, 9 July 2015

RUMAH API MILIK SINGAPURA DI PULAU PISANG JADI TANDA TANYA

BARU-BARU ini, Malaysia digegarkan dengan isu sem­padan negara yang bolos dan tidak dikawal rapi. Bagaimana pula dengan pulau-pulau di perairan ki­ta? Adakah pulau-pulau ini di bawah pengawasan kita sepenuhnya?

Pulau Pisang adalah sebuah pulau kecil di pantai barat daya Johor yang dikelilingi perairan Selat Melaka. Terdapat sebuah rumah api yang dibina di atas pulau yang terletak kira-kira 12 kilometer dari Pontian Kecil dan lima kilometer dari Benut ini. Sehingga kini, rumah api ini diselenggara oleh Lembaga Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura. Terdapat keresahan bahawa sekiranya keadaan ini berlarutan, mungkinkah Pulau Pisang akan menjadi Pedra Branca kedua?

Selat Melaka antara laluan per­kapalan tersibuk di dunia. Bagi me­mastikan kelancaran pelayaran, pihak British telah membina sebuah rumah api di puncak Pulau Pisang pada 1914. Selama lebih seabad, rumah api Pulau Pisang berfungsi sebagai instrumen bantuan pelayaran bagi kapal-kapal yang menuju ke arah bukaan barat Selat Melaka membentang ke Selat Singapura. Walaupun Pulau Pisang tetap berada di bawah kedaulatan Malaysia, rumah api Pulau Pisang sehingga kini masih diselenggara pihak Singapura.

Aturan aneh ini lahir hasil perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1900 di antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim ketika itu dengan Sir James Alexander Sweethenham, Gabenor negeri-negeri Selat. Perjanjian ini antara lain mengakui kedaulatan Johor ke atas Pulau Pisang dan sebagai galang ganti, pihak Johor memberikan hak kekal kepada British untuk selama-lamanya menguruskan rumah api tersebut (termasuk tanah di mana rumah api itu akan didirikan) serta lot tanah di mana jalan dari jeti menuju ke rumah api itu akan dibina.
Apabila Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, tanggungjawab mengelolakan rumah api tersebut dianggap telah bertukar tangan kepada kerajaan Singapura dan Malaysia setakat ini­ be­lum mempunyai niat untuk mengambil alih pengurusan rumah api tersebut dari MPA.

Pada 2002, terdapat panggilan-panggilan yang menyeru kerajaan Malaysia memajukan pulau tersebut dan meminda fasal-fasal di dalam perjanjian yang ditandata­nga­ni oleh Sultan Johor lebih seabad lalu. Sejak tahun berkenaan, penjaga rumah api dari Singapura dikehendaki memasuki Pulau Pisang melalui kaunter imigresen Malaysia di Kukup sebelum ke sana.

Pada 2003, Menteri Luar Singa­pura memaklumkan kepada Parlimen Singapura bahawa Pulau Pisang adalah milik Malaysia. Beliau mengulangi pendiriannya bahawa Singapura tidak pernah mempersoalkan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang, akan tetapi, peng­urusan rumah api Pulau Pisang harus kekal bersama Singapura.

Setelah bertahun-tahun meng­uruskan rumah api ini, pihak Singa­pura telah memperluaskan kawasan rumah api di puncak Pulau Pisang apabila negara tersebut membina pagar kedua yang terletak 100 meter dari pagar lama. Singapura juga telah memperbesarkan jalan bagi memudahkan pergerakan kendera­an-kenderaan berat menuju ke rumah api berkenaan. Sehingga kini, pengunjung-pengunjung Malaysia ke pulau berkenaan tidak dibenarkan mendekati rumah api tersebut. Kehadiran pihak Singapura di pulau ini menunjukkan, secara tersurat atau tersirat, bahawa kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang belum sepenuhnya muktamad.

Undang-undang antarabangsa menyebut bahawa sesebuah negara boleh memiliki wilayah baru mengikut beberapa cara, iaitu menerusi preskripsi atau penyerahan. Sesebuah negara boleh mendapatkan kedaulatan ke atas sesebuah wilayah sekiranya kedaulatan tersebut dipindahkan atau diserahkan oleh sesebuah negara kepada negara lain.

Sultan Johor menerusi Perjanjian 1900 memberikan hak selama-lama­nya kepada British sebahagian dari wilayahnya (kawasan di mana terletaknya rumah api, jalan yang menuju ke rumah api dan jeti) kepada kerajaan negeri-negeri Selat di Singapura. Ini adalah sebab utama kenapa sehingga kini rumah api Pulau Pisang masih diuruskan oleh MPA walaupun kedaulatan ke atas Pulau Pisang adalah bersama Malaysia.

Di bawah undang-undang antarabangsa, preskripsi merujuk kepada pemilikan kedaulatan ke atas sesuatu wilayah melalui amalan pemerintahan (actual exercise of sovereignty) yang dikekalkan untuk sesuatu jangka masa lama dengan tidak dibantah oleh mana-mana negara lain. Pengurusan Pulau Pisang oleh pihak Singapura telah berlangsung sejak tahun 1900 dan berterusan sehingga hari ini tanpa sebarang bantahan rasmi dibuat oleh pemerintah Malaysia.

Dalam menentukan kedaulatan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligi­tan, Mahkamah Keadilan Antara­bangsa (ICJ) mengambil kira soal ‘amalan pemerintahan sebenar’ atau effective occupation, sama ada telah diamalkan secara berterusan oleh negara yang membuat tuntutan.

Sejak 1914, pihak British meng­ambil langkah-langkah bagi meng­urus dan mengawal pengambilan telur penyu di atas Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan tanpa sebarang bantahan dari kerajaan Belanda yang memerintah Kalimantan Utara pada ketika itu. Aktiviti-aktiviti ini kemudiannya terus dijalankan tanpa henti oleh Sabah ketika menyertai gagasan Malaysia pada 1963, sekali lagi tanpa sebarang bantahan yang berterusan oleh negara pewaris Hindia Timur Belanda, Indonesia.

Oleh itu, pihak ICJ telah memberikan pengakuan kedaulatan Malaysia ke atas pulau-pulau ini berlandaskan effective occupation yang ditunjukkan oleh pemerintah Sabah, sebelum dan selepas kemerdekaan melebihi langkah-langkah yang diambil oleh pihak Belanda atau Indonesia.

Dengan merujuk kembali kepada rumah api Pulau Pisang, Singapura telah dengan secara aktif terlibat di dalam pengurusan rumah api tanpa bantahan berterusan dari pihak Malaysia. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, kedaulatan penuh Malaysia ke atas Pulau Pisang mungkin, pada masa akan datang, dipersoalkan terutama sekali di kawasan tanah yang mana rumah api itu didirikan.

Perkara ini sangat membimbangkan kerana jika Singapura berhasil menuntut sebahagian kecil wilayah di atas Pulau Pisang, negara tersebut juga berhak mendapatkan wilayah kelautan di Selat Melaka yang ketika ini hanya dikongsi oleh dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Setelah kehilangan Pulau Batu Puteh yang sekarang ini secara rasmi dinamakan semula sebagai Pedra Branca, Malaysia tidak boleh membiarkan pisang berbuah dua kali.

Tujuh tahun telah berlalu sejak keputusan mengenai Pedra Branca dibuat oleh ICJ, namun ia masih menghantui rakyat dan pemerintah Malaysia. Memang benar Singapura telah membuat kenyataan yang memperakukan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Pisang. Akan tetapi, bagaimanakah sesebuah negara itu boleh secara positif benar-benar memastikan kedaulatan ke atas seluruh wilayahnya jika sebahagian daripadanya masih lagi diuruskan oleh negara asing?

Bagi mengukuhkan kedaulat­an Malaysia ke atas Pulau Pisang, Perjanjian 1900 itu perlu disemak semula dan pengurusan ke atas rumah api ini perlu diserahkan kepada Jabatan Marin Malaysia. Malaysia juga boleh mempertimbangkan untuk menempatkan boya-boya di kawasan Pulau Pisang bagi menggantikan rumah api tersebut sebagai alat bantu pelayaran. Fungsi rumah api sebagai alat bantu pelayaran sebenarnya sudah luput ditelan zaman dan tidak secekap penggunaan boya dalam pelayaran zaman moden.

Dengan adanya boya-boya ini, rumah api ini boleh dinyahfungsikan dan MPA Singapura tidak ada keper­luan untuk terus berada di Pulau Pisang yang diakui oleh pemerintah Singapura sendiri sebagai milik Malaysia.

Pemerintah Johor boleh mem­pertimbangkan juga untuk men­trans­formasikan Pulau Pisang sebagai destinasi ekopelancongan seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang ke atas Pulau Jerejak. Langkah ini pen­ting bagi memastikan penguasaan Malaysia sepenuhnya ke atas Pulau Pisang tidak dilecehkan. Pulau Pisang adalah sah milik Malaysia dan kita perlu memastikan agar pulau ini tidak terlepas ke tangan negara lain.

PENULIS ialah Profesor Pelawat di Sekolah Undang-undang Far Eastern Fede­ral University, Vladivostok, Russia dan seorang Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Sumber Sisipan UM

Wednesday, 8 July 2015

PENJAWAT AWAM MULA POTONGAN GAJI BAGI BAYARAN BALIK PTPTN SEPTEMBER INI

Pemotongan gaji mandatori penjawat awam yang gagal membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya akan dilakukan sebagai tindakan terakhir bagi menyelesaikan masalah itu. Walaubagaimanapun perlu ada perbincangan bersama pihak yang terbabit bagi menentukan jumlah potongan gaji bulanan akan mengikut kemampuan masing-masing.

Kumpulan pertama yang terlibat dalam pemotongan gaji bagi bayaran balik PTPTN akan bermula September ini daripada warga Jabatan Perkhidmatan Awam.

PUTRAJAYA : Kesemua 163,007 penjawat awam yang tidak membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwajibkan membuat bayaran melalui potongan gaji, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Buat permulaan, katanya, sebanyak 480 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk 136 pegawai kumpulan pengurusan dan profesional akan mula membuat potongan gaji bagi bayaran balik PTPTN September ini.

Tarikh permulaan pembayaran balik PTPTN melalui potongan gaji untuk kementerian dan agensi lain akan dibincangkan pada perjumpaan dengan para Ketua Setiausaha (KSU) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pada Jumaat ini, katanya.

"Jumaat ini juga saya akan menyampaikan senarai nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN kepada KSU dan SUK agar penjawat awam membayar balik melalui potongan gaji," katanya kepada pemberita selepas Program Sesi Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama pegawai JPA dan sesi taklimat PTPTN di sini pada Isnin.

Beliau berkata jumlah potongan gaji bulanan akan ditentukan mengikut kemampuan masing-masing.

Mohamad Zabidi berkata nama penjawat awam yang membuat pinjaman PTPTN akan dimasukkan ke Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) untuk memastikan mereka tidak terlepas daripada membuat bayaran balik PTPTN.

"Sebagai penjawat awam, kita harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dan menjaga integriti untuk melunaskan hutang (pinjaman PTPTN) dan bukan lari daripada tanggungjawab," katanya.

Bulan lepas, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata 163,007 penjawat awam yang tidak pernah membuat pembayaran dan tidak konsisten menyelesaikan pinjaman PPTPTN akan menerima surat pemotongan gaji.

Ali berkata mengikut pecahan kategori, penjawat awam pelbagai gred (kecuali Gred Jusa C, Gred 54 dan Gred 28) yang tidak pernah membuat pembayaran adalah sebanyak 32,803 orang manakala penjawat awam pelbagai gred yang membuat pembayaran sekali-sekala  (tidak konsisten) adalah sebanyak 130,204 orang.

Dalam pada itu, Mohamad Zabidi berkata JPA juga sedia memainkan peranan untuk menjadi pemudah cara antara peminjam dan PTPTN.

Mengenai perjumpaan warga JPA dan sesi taklimat PTPTN, beliau berkata ia adalah satu platform interaksi antara warga JPA dengan pihak PTPTN mengenai kaedah terbaik untuk mengatur pelan pembayaran pinjaman sesuai dan mengikut kemampuan masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata kini terdapat dua juta peminjam di seluruh negara dan 280,000 daripadanya merupakan penjawat awam.

Beliau berkata peminjam tidak kira di sektor awam atau swasta wajar mengambil langkah proaktif untuk menghubungi PTPTN berhubung pembayaran balik pinjaman.

"Kalau ada masalah, mereka harus datang berjumpa, berbincang dan berunding dengan pihak kami agar akaun anda berada dalam keadaan baik," katanya.

Astro Awani

Tuesday, 7 July 2015

AHLI PAS HINA HARON DIN SEBAGAI ALAT KELAMIN BABI BETINA!


Ustaz Dato' Dr. Haron Din, Mursyidul Am PAS dilabelkan sebagai alat kelamin babi betina semata-mata apabila beliau memberi reaksi dan tidak bersetuju dengan artikel yang tersiar di dalam akhbar The Wall Street Journal(WJS) dan Sarawak Report Jumaat lepas yang mendakwa bahawa dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah disalurkan kepada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dato' Haron Din berkata, dakwaan artikel itu seperti dibuat-buat. "Sukar untuk dipercayai bahawa seseorang telah memindahkan dana awam ke dalam akaun peribadi. "Jika seseorang itu mahu menipu, mereka akan memindahkan wang tersebut ke dalam akaun rahsia,"  kata beliau sambil menambah bahawa ia tindakan yang salah untuk mengaitkan seseorang tanpa bukti kukuh.

Kenyataan menghina ini dibuat di facebook Azham bin Abdullah dan apabila semakan menunjukkan bahawa beliau samada ahli PAS, PASMA ataupun pengikut G18 dan bukan pertama kali melontarkan kenyataan menghina di facebook beliau.

Malang sekali, pada hari baik dan bulan baik Ramadhan Al-Mubarak ini, tidak sewajarnya berlaku perkara seumpama ini. Sebagai orang Islam, jika kita tidak bersetuju dengan sesuatu perkara waima dengan pemimpin sekali pun, biarlah teguran itu berhemah dan bertertib. Tidak salah membangkang tetapi bangkang dengan rasional dan matang. Berikan hujah dan fakta. Hinaan dan cercaan tidak wajar digunakan.

Monday, 6 July 2015

CEO IDEAS BANTAH PENYEBARAN ISLAM DI MALAYSIA


Malang nasib Islam di Malaysia apabila ada kumpulan yang mahu berdakwah dikeji dan dihina malah dihalang serta dilontarkan dengan fitnah. Bertambah malang mereka itu adalah golongan Melayu Islam juga. 

Tidak dinafikan setiap perkumpulan dakwah ada kelemahan namun kita harus sama-sama memperbaiki dan bukan melontarkan fitnah serta cuba menghalang dakwah itu. 

Getusan serorang pendakwah ISMA Sharifah Abdul Samad

ISMA datang rumah berdakwah...

"Haram pijak selepas pagar"

Itulah sambutan dari orang kuat IDEAS (Institute of Democracy and Economic Affairs) yang mahukan demokrasi...

Apakah dakwah Islam tiada hak dalam kitab demokrasi mereka?
Sedangkan dakwah liberalis diterima berlapang dada!

Mengapa merek takut dengan dakwah ISMA..?
Kerana ISMA adalah sufiyah.
ISMA adalah salafiyah.
ISMA adalah jemaah tabligh.
ISMA adalah gerakan Islam yang bergerak dengan manhaj tarbawi tersusun.
Berobjektif dan beragenda.

ISMA tidak bacul pada musuh-musuh Islam. Kami akan berdiri teguh menentang gelombang thaghut sehingga mereka berambus dari Tanah umat Islam.

Kami akan mengejar mereka sehingga seluruh alam menyeru Muhammad saw, mengikut ajaran Islam dan hidup di bawah lembayung Al Quran.

Kepada Chief Executive of IDEAS,
yang mahu menyambut dakwah kami dengan pengharaman tersebut..
Teliti dialog semasa kami berdakwah di Sungai Ramal, Kajang.. semalam.

Saya: makcik, ISMA ada banyak program. Untuk dewasa, wanita, mahasiswa, kanak-kanak, guru dan banyak lagi.

Makcik (dlm gambar): ooo...

Saya: Kalau untuk makcik...kami ada ceramah agama, fiqh wanita, kelas al quran..

Makcik: yeke..!! Bagusnya nak...makcik suka kelas-kelas agama ni. (dengan wajah yang sangat teruja)

Saya: Alhamdulillah makcik..marilah jadi ahli ISMA. InsyaAllah nanti bila jadi ahli kami mudah untuk maklumkan makcik program-program tu.

Makcik: Tapi nak....makcik ni susah nak jalan, nak keluar.. sebab makcik ni dah takda suami....anak makcik sibuk kerja... takda orang yang nak bawa makcik....

Nadanya kedengaran sedih
Wajah tuanya serta merta suram... nampak yang dia terlalu kecewa dengan kekangannya untuk menghadiri program-program bermanfaat begini.

Saya: Takpa makcik.. makcik tengok tu

Sambil tunjuk ke aktivis-aktivis ISMA lain yang sedang berjalan di tengah panas terik ramadhan. 
Mengetuk rumah-rumah kejiranan itu. Menyebarkan flyers ramadhan. 
Mengajak jiwa-jiwa muslimin di sana mengisi masa bersama Islam.
Meyakinkan bahawa bumi ini masih punya harapan bila kita bangkit menjadi muslim sebenar.

Saya: Makcik tengok mereka tu..Makcik jangan risau. Kami boleh datang ambil makcik. Ziarah makcik..nak buat kelas agama di rumah makcik pun boleh. Yang penting Islam terus tersebar makcik..

Makcik: yeke nak...alhamdulillah.terima kasih nak. Makcik nak jadi ahli ISMA.

....................

Ambillah kisah ini hadiah dari kami aktivis ISMA.
Kalau dengan berlapang dada dengan liberalis.
Serta dengan pengharaman dakwah kami ini mampu membuat kau sebar luaskan Islam.
Lakukanlah.
Lalu jawab di depan Allah swt..!

ISMA
Membangun Umat Beragenda.
PEMBINA
Meneraju Arus Mahasiswa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...